Thursday, 30 December 2010
BACK TO SCHOOL !!!
lalala ~ x sabar rasenyer nk g skola !! horeeeeyyyy!!esk orientasi !! syok!! baju skola dah siap dijahit !!kain biru !!wawawa !! oooo yeahhh!! taon dpn skola ngan nailah lg!!! bestnyer !!
TAHNIAH MALAYSIA !!!
haha !! sebenarnye aq x minat bola ponn ! tapi perlawanan kali ini Malaysia lwn Indonesial !! itu yg membuatkan aq teringin nk tgk .. wahaha!! Malaysia mng 4-2 !! hebat giler !!! setelah 14 tahun , akhirnye, Malaysia berjaya mendapat pingat yg diingini !! dan tahniah juga kepada SAFEE SALI kerana berjaya mendapat TOP SCORER AWARD !! dgn 5 kali jaringan yg telah dilakukannye !! n terima kasih juga kepada Safee kerana telah menjadi hero dlm perlawanan ini !! n..TERIMA KASIH TEAM MALAYSIA KERANA MEMBERI KEMENANGAN YG MEMBANGGAKAN !!!
Tuesday, 21 December 2010
syok giler!!!
wahhh!! syok giler men boling kat ww smalam ngan family,cousin pon ader..huhu..ranking kedua sehhh!!ahakzz =D !! lepas main boling , main game lakk..hehe..btw,SYOK!!!
Monday, 20 December 2010
good bye skwm1..hello smk seksyen 2..
good bye sekolah kebangsaan wangsa maju seksyen 1..yg penuh dengan pengalaman pahit dan manis (sebenarnye xde pon pahitnyer!)aku akan merindui guru2 ku yg telah banyak mencurahkan ilmu dengan sepenuh aty..n..hello to smk seksyen 2(aq pon xtau ap name skola tuu..ahakz!!:P)aq harap aq still happy skola kat situ walaupun ain , ikah,nailah x skola kat situu...so,doakan aq happy skola kat situu..:'(
Friday, 10 December 2010
bengang dengan sikap adik!!!
bengang!!adoyy!!asyik2 kena pukul adik sendiri..apakah dunia ini sudah terbalik dimana,seorang adik bole menengking dan memukul kakaknya sesuka hati??dimana terletaknya rasa hormat kepada seorang kakak yg sentiasa menolongnye????kalau aq nak mara2 dye,nanti aq lak yg kena marah ngan mak aq...sedih sungguh!!...:'(
Friday, 3 December 2010
sedey..:'(
sedehnyer...perjalanan nk g pd or melaka dibatalkan..adoyy..baru jer nk happy2..hrp2 masih bole g..cume ditangguhkan..kalau x g mana2..bukan cuti2 malaysia namenyer...
Wednesday, 1 December 2010
MELAKA OR PORT DICKSON??
huhu..kini sudah masuk bulan disember..mesti korang semua dah rancang percutian..sama ada dalam atau luar negara...aq cuti ni nak g port dickson..tp mak aq kata hotel yg kami nk tido tu dah penuh..pastu mak aq ajk g melaka..aq xnk g melaka coz..slalu g melaka..tp,memang sukar nk wat keputusan same ad nk g melaka atau port dickson...ap komen korang??
ni bff's aq gakk...name dyer ain zahidah..dye cute sgt..kulit dye putih..org panggil dyer "ain putih"hahah..dye ni baek...kat skola kebangsaan..dye kelas 6 cemerlang (2010)..so,jrg jumpe..tp,kat skola agama..memang rapat arr ngan dye..kitorang(nailah-ikah-ain-sharifah)..ialah..BEST FRIEND FOREVER!!hanye kematian yg memisahkan...erm,sorilah..gamba dye xleh upload..blog ni masalah..
Tuesday, 30 November 2010
Membaca Tangga Ke Jayaan
Guru Harus Dihormati
Syiling BungaRaya: Emas 999.9 10gram
Penyimpan Nilai Terbaik,
Termurah di Tanah Air, Mampu Milik.
Kejayaan Nik Nur Madihah memperolehi 20A baru-baru ini sepatutnya membuka mata para pelajar yang lain.
Adik Nik Nur Madihah tiada tips yang begitu istimewa untuk ditiru oleh para pelajar lain.
Hampir semua yang diperkatakan oleh Nik Nur Madihah ketika ditemuramah wartawan adalah perkara 'biasa'.
Dia tidak mengatakan pusat tiusyen mana yang bagus, teknik mana yang bagus, guna pensil apakah yang bagus.
Sesuatu yang Nik Nur Madihah pernah katakan ialah bahawa dia mencari keberkatan dalam menimba ilmu.
Ianya sememangnya perkara pokok, penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar yang mewah dengan alat bantu pembelajaran.
Guru harus dihormati.
Ayat sebegitu sudah 1000 kali didengari, akan tetapi perkara yang ringkas sebegitu sudah hampir hilang.
Lihatlah banyaknya berlaku guru dipukul, di saman, dipancitkan tayar keretanya.
Perkara sebegitu seharusnya tidak berlaku sekiranya perkara asas yang ringkas "guru harus dihormati" tertanam pada setiap pelajar.
Ibubapa pun satu hal juga.
Apabila profesyen ibubapa lebih tinggi daripada guru, kemungkinan anak pula diajar supaya tidak begitu menghormati guru.
Jadi walaupun sudah 1000 kali anda dengar guru harus dihormati, maka hari ini saya nak cakap juga "guru harus dihormati".
Membentuk Tabiat Remaja Cemerlang
Membentuk Tabiat Remaja Cemerlang
Author: Raja Razali Raja Othman | Posted at: 29.9.09 | Filed Under: Motivasi |

PADA suatu ketika, seorang guru telah membawa sekumpulan remaja yarig merupakan anak-anak muridnya ke sebuah hutan lipur. Remaja itu agak liar dan sering kali melanggar peraturan. Guru itu telah memberi tugasan kepada remaja itu semasa mereka mengembara di dalam hutan. Mula-mula, guru tersebut meminta mereka mencabut anak-anak pokok yang setinggi lutut. Tanpa banyak soal, para remaja itu mencabut dengan mudah anak-anak pokok itu. Kemudian, apabila sampai lebih jauh ke dalam hutan, guru itu meminta pula mereka mencabut anak-anak pokok setinggi paras bahu mereka. Kali ini remaja-remaja berkenaan mula mengeluh. Ah! Susahnya, kata mereka, Namun, selepas bersusah-payah dan saling membantu, mereka berjayajuga mencabut pokok-pokok kecil itu. Akhirnya, tibalah mereka ke kawasan hutan yang paling dalam dan dipenuhi dengan pokok-pokok tua berusia ratusan tahun. Guru itu meminta pula mereka mencabut pokok-pokok sebesar sepemeluk atau lebih besar daripada itu. Kali ini o . mereka menggeleng kepala tanda tidak sanggup lagi untuk mencabut pokok sebesar itu! ^
Cerita di atas memaparkan usaha seorang guru untuk menyedarkan anak-anak muridnya tentang TABIAT. Tabiat adalah sesuatu kebiasaan yang kita lakukan dan bermula dengan perlakuan 'kecil-kecilan', hinggalah menjadi amat lumrah dalam hidup kita, Contohnya, seorang remaja yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah mungkin bermula dengan menghisap sebatang rokok. Mula-mula sebatang rokok, kemudian menjadi sekotak, dan lama-kelamaan sekartun sehari.
Dalam cerita di atas, guru itu ingin menekankan betapa pada peringkat awal, tabiat mungkin mudah diubah, dilentur, namun lama-kelamaan apabila telah sebati, tabiat sukar hendak diperbaiki lagi.
Begitulah juga jika anda ingin menjadi seorang remaja yang cemerlang. Mulakan usaha secara kecil-kecilan, melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga, hingga akhirnya anda menuju ke puncak. Aristotle, seorang ahli falsafah terkemuka mengatakan, 'kita menjadi apa yang selalu kita lakukan. Maka kecemerlangan bukanlah suatu tindakan, tetapi suatu tabiat.'
Stephen R Covey (1997) mentakrifkan tabiat sebagai persilangan pengetahuan, kemahiran, dan keinginan. Pengetahuan merujuk kepada paradigma teori; apa yang perlu dibuat dan mengapa. Kemahiran ialah cara membuat. Keinginan merujuk kepada motivasi dan kemahuan membuat.
Katakan seorang remaja ingin menjadi pelajar cemerlang. Dia mungkin masih belum mampu menerjah kecemerlangan kerana kurang memberi tumpuan di kelas, malas hendak mengulang kaji, sering kali tidur, dan berfoya-foya. Dia mungkin mendapat kesedaran selepas mengikuti program motivasi, atau menghadiri kaunseling yang berterusan.
Namun, kesedaran tentang kepentingan belajar dan, tahu tentang teknik belajar, ini belum mencukupi untuknya menerjah kecemerlangan. Dia hanya akan berjaya apabila mempunyai keinginan dan momentum sikap untuk berjaya, cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Pembentukan tabiat memerlukan dukungan ketiga-tiga elemen ini. Untuk menjadi remaja cemerlang, anda perlu tahu apa dan mengapa
anda harus cemerlang? Anda kemudian perlukan bimbingan dari segi kemahiran bagaimana hendak cemerlang? Lonjakan ke arah pembentukan tabiat akan berlaku apabila melonjaknya keinginan, kemasyhuran, dan keghairahan anda untuk cemerlang.
Menggarap Pengetahuan dan Keinginan
Langkah pertama, untuk menjadi remaja cemerlang ialah menggarap pengetahuan dan keinginan secara bersama. Anda perlu tahu apakah kecemerlangan, mengapakah anda harus cemerlang, seterusnya anda perlu mencipta keghairahan, dan semangat untuk menjadi cemerlang.
Mengapakah negara melahirkan insan-insan cemerlang seperti Nicol David, Nur Amalina, dan Datin Paduka Dr Sharifah Mazlina, yang masing-masing berjaya mengharumkan negara dalam bidang sukan dan akademik? Jawapannya, ialah mereka semua berjaya menggarap pengetahuan dan keinginan untuk cemerlang. Contohnya Nur Amalina mendapat tahu tentang kejayaan seorang pelajar, Yap Sui Lin menggondol rekod pelajar cemerlang iaitu meraih 16 A dalam SPM. Sebagai pelajar yang sudahpun berada di barisan hadapan, Amalina tercabar untuk memecahkan rekod 16 A dengan meraih 17 A.
Jika anda ingin mengikut jejak langkah mereka, mulakan dengan bermuhasabah diri terlebih dahulu:
o Mengapakah aku datang ke sekolah pada setiap hari?
o Apakah sebenarnya yang ingin aku capai dalam hidupku?
o Betulkah setiap langkah perbuatan yang kulakukan ini?
Jika sukar menjawabnya rujuklah kepada orang yang tahu. Guru di sekolah ada,
ibu bapa ada, rakan-taulan ada, atau ikuti program motivasi, dan sebagainya. Satu ketika saya pernah berkawan dan terikut-ikut dengan rakan-rakan yang mengamalkan cara hidup rockers sewaktu remaja;
memakai sapu tangan key, memakai jaket rugged, menyimpan rambut panjang, dan sebagainya. Namun pada suatu hari, saya menyoal diri sendiri; apakah sebenarnya yang saya lakukan? BetuI ke apa-apa yang saya buat selama ini?
Selepas bermuhasabah dan berjumpa dengan pakar-pakar agama, saya akhirnya meninggalkan tabiat tersebut dan memulakan tabiat baharu sebagai remaja soleh.
Menggarap Kemahiran
Langkah seterusnya ialah menggarap kemahiran. Setelah anda menyuntik kesedaran dalam diri, membina semangat dan ilmu untuk menerjah kemajuan, anda perlu menggarap kemahiran.
Misalnya, jika ingin menjadi pelajar cemerlang, tidak cukup sekadar menghadiri program motivasi ataupun menitiskan air mata kesedaran. Anda perlu menggarap pelbagai kemahiran pelajar cemerlang seperti:
o Kemahiran mencatat nota
o Kemahiran mengingat dengan berkesan
o Kemahiran membaca dengan pantas dan lain-lain.
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Jawapan: Ya! Faris nak jadi pelajar yang cemerlang !! ^_^
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]
ThE bRaTz GuRl !!
ni name dyer nur nailah,aq kenal dye dgn lebih rapat mase aq darjah 4,dye ni baek,tp aq hari2 gado ngan dyer..huhu,tp x sampai 20 minit aq baek balek ngan dyer..setiap kali periksa , mesti dye nyer gred same ngan aq..tp tyme upsr,dye dpt 5A!!!aq xsangka dye boleh melonjak camtu..mak dye gembira sgt..pastu mak dye tgk aq nangis..pastu mak dye peluk aq mak dye ckp "takpe ... xdpt 5a pon boleh lagi kawan ngan nailah.." mak dye rapat ngan mak aq..mak aq pon slalu bwk nailah ni g jln2..taon dpn(2011) dye skola kat SMK ZON R1..aq sedey giler!!aq x same skola ngan dyer..~:'(
THX NIK!!
huhu,TERIMA KASIH BEBANYAK NIK!!!saye hargai pertolongan awk..cantik dah blog saye...esk tolong saye lagi yer!!ahaks :D..
RAKAN2 DI PTSW..
setelah 2 tahun belajar di pusat tuisyen sinar wangsa(ptsw)..pelbagai kenangan yang ku alami..seronok rasenye g lawatan sambil belajar dgn rakan sekepala..seronok juga dpt hadir k jamuan hari raya..dpt duit raye..huhu..seronok.. walaupun 2 ringgit jer..haha!..tp,skarang rase rindu lakk kat HAZREEN,NADHIRAH,AQEELA,AIN..rindu jugak dkt FARAH n ASYWINI yg blajar kat situ sampai taon5 jer..MIMI..lakk,belajar kat c2 setengah taon jer..SERONOK SANGAT DPT BELAJAR KAT PTSW NII,HOPE TAON DPN TUISYEN SITU AGY.. :)
Monday, 29 November 2010
syukur...
Allhamdulillah..syukur sbb dpt 3a2b upsr..adlah juga perasaan sedih tuu,tp bile dikenang kembali nasib baik xde c..terima kasih bebanyak pada WANAFAVA,NIKE..korang pon banyak tolang aku..terima kasih juga pada guru2 yg telah mengajar saye...terima kasih tidak terhingga kepada CIKGU WAN SABARIAH kerana telah mengajar mate pelajaran matematik yg saye x pernah dapat a,akhirnye,dpt juga a dlm matematik..
HOLLA!! HELLO !! HYE!!
HOLLA!!MY NAME IS SHARIFAH NUR AFIFAH..JUZ CALL ME SHA OR IPAH....MY FAVOURITE COLOUR..OF COZ PINK!!
Subscribe to:
Posts (Atom)